Sunday, July 5, 2009

Perkhemahan Lencana PKK

2-4 Julai, satu perkhemahan lencana PKK telah dijalankan di SK Ulu Yam Bharu. Seramai 3 orang ahli taburascout telah bertugas sebagai 'helpers' dalam perkhemahan tersebut. Syabas diucapkan kepada PPM Hulu Selangor kerana telah berjaya melaksanakan program yang dirancangkan. Terima kasih kepada semua pemimpin dan kelana yang bertugas sepanjang perkhemahan itu.

Friday, July 3, 2009

Perkhemahan Lencana Maju

Pada 27 - 28 Jun 2009, taburascout telah menjalankan satu perkhemahan bagi melengkapkan sukatan lencana maju bagi ahli-ahli yang telah mamakai lencana usaha. Seramai 20 orang (13L+7P) telah mengikuti perkhemahan tersebut dengan jayanya.Terima kasih diucapkan kepada Pn Dayang Norija, En Ahmad Nasir dan En Belthazar Ismail yang membantu sepanjang perkhemahan.

Saturday, June 20, 2009

Lencana Ahli Perhutanan

20 Jun (Sabtu); Lanjutan daripada kajian lapangan di FRIM tempohari, satu aktiviti untuk Lencana Ahli Perhutanan dijalankan ; 1-Mengetahui cara memilih kapak, menjaga dan mengetahui peraturan keselamatan berkenaan mengguna dan menyimpan kapak. 2- Menebang sebatang pokok , memotong dahan dan ranting serta menyusun dengan kemas potongan kayu. Seramai 20 orang ahli yang hadir dalam aktiviti yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari bertempat di padang sekolah.

Friday, June 19, 2009

Wakil Taburascout ke Jambori Melaka

Taburascout telah menghantar 2 orang wakil ke Jambori Melaka pada 30 Mei - 04 Jun yang lalu. Syabas diucapkan kepada; 1- Shahmil Iqram (PR), dan 2- Khairul Nizarudin (PM) kerana telah menyertai kontinjen Selangor ke jambori tersebut. Semoga pengalaman yang diperolehi dapat dikongsi bersama-sama rakan di 52husel. Kepada ahli-ahli 52husel yang lain, harap bersedia bagi menyertai aktiviti-aktiviti yang sedemikian pada masa akan datang.

Wednesday, June 17, 2009

Perjumpaan Taburascout - Hari Rabu

17 Jun 2009 (Rabu), Aktiviti mingguan bermula dengan latihan memasang dan menurunkan khemah. Pada awal perjumpaan istiadat bendera dijalankan, dan selepas itu menyalin nota berkaitan dengan memasang khemah dan sterusnya ahli-ahli diajarkan cara memasang khemah oleh ketua-ketua patrol. Turut serta dalam aktiviti tersebut adalah ahli pasukan Pandu Puteri dan Kadet Bomba. Terima kasih kepada Pn Chan yang hadir untuk memantau aktiviti pada hari ini.